Semua Tentang Aku

.....aku hanya insan biasa yang cuba menjalani kehidupan luar biasa, demi memenuhi kehendak entah siapa.....

Tuesday, October 02, 2007

Muhasabah di Pagi yang Sunyiii.. Nyiiii..Nyiii.... ~~




Mari Kita Menghapdet Entry....




Ehehee! Sorry lah..Nampak sangat dah lama tak hapdet kan? Memang sungguh tak berdisiplin lah saya ni.. Huhuhu! Tapi, mungkin kerana blog ni takde sape nak datang berkunjung pun, so-nyer..takde lah rasa bersalah ke ape ke kalo tak hapdet pon, kan?kan?kan?


Hmm..Malam (:pagi) nih rasa macam takleh tido lah.. Tatau nape. Tapi tetiba jek rasa macam ada semangat untuk berjaga sampai la ke sahur.. Uhuhu! Oleh yang demikian, aku pun mengamik peluang nih untuk hapdet si Comel-Pinky nih.. (Comey ker??)..


Okey..Ape nak tulis ek?.....


Sekarang ni ekceli Bulan Ramadhan.. Dah nak masuk Ramadhan yang ke-20 pun.. (What??! 20?! Cepat seyh..) Uhuhu! Sangat tak memperasankan lah.. Tahun ni rasa macam Ramadhan tak banyak bawak perubahan dalam hidup aku. Mungkin jugak sebab aku yang tak pandai nak mengamik peluang kot..?


Ntah la.. Sekarang ni semakin jauh hari menginjak, usia bertambah.. Semakin aku rasa aku jauh ketinggalan.. Dari segala apa segi perkara sekalipun.. Dua-tiga minggu kebelakangan ni aku rasa idop macam serabut giler.. Setiap pagi nak bangun melangkah pegi keje macam seksa sangat.. Macam terpaksa bangat! Bayangkan lah, kalo buat perkara dengan rasa yang tak ikhlas, memang hampeh giler la hasilnye!.. Errghh!! Mula nya aku rasakan sindrom ni adalah disebabkan kerana ketegaran Lady Boss aku yang baru tu.. Tapi, rupa2nya bila aku selidik & bermuhasabah diri (ececeh..) baru aku tau, punca problemo ni semua datangnye dari aku jugak.. Uhuhu! Kerana aku yang tidak berdisiplin dan suka bertangguh-tangguh keje.. Aiyarkk..! Ape nak jadi nih?.. Huhu!


Last Thursday (27th September 2007), Nas organize satu majlis berbuka puasa among ex-4A1 TIKL '00.. Ramai gak la yang join.. Yang dah almost 6 tahun aku tak jumpa. Uhuhu! Meet up point nyer pun kat Restoran Syed Ikan Bakar kat Padang Jawa. Tempat untuk kitorang berbuka la (of course!). Yang ada - Jijah & Ebit (dorang dah couple?? Since.. like forever!), Roslan & Awek dia, BG & Illa, Acai & Amy,Nuyul & Ipin, Fazree, Elyas, Nas & Aku.. Huii.. Dah dewasa kami rupanya. Topik yang diajukan bila kumpul2 ni pun - "Keje mana sekarang? Keje ape?".. Uhuhu! Sangat men'sedar-diri'kan aku yang kerja aku sekarang amatlah berharga untuk di sia-siakan macam tu jek! Insaf la jua aku adanya..


Mana tak nyer, kawan-kawan aku yang dah grad semua keje best2.. Acai keje as CSO kat CIMB, Elyas keje as Assistant Architect kat Subang, Fazree amik course nak jadi Cikgu.. And the rest still study & akan grad InsyaAllah hujung tahun ni. Yang mana pastinya bila dorang dah grad, & kalo ada rezeki memasing akan pegang title Engineer.. Uhuhu! Itu baru sekarang..Cuba bayangkan untuk 5 tahun akan datang.. Mesti topik yang sama akan diutarakan. And aku pulak, boleh dengan senang hatinya kata yang aku nak tinggalkan keje aku sekarang semata-mata sebab tensi? Holy crap, Shida!! Cuba bayangkan, kalo dalam 5 tahun lagi aku sekadar seorang kerani... Mak aaihh!! Tak ke rasa xbest? Orang lain berlumba-lumba nak cari peluang maju ke depan, aku plak senang-senang jek nak berlari kebelakang?? Aduss..!! Sangat tak berfikiran matang lah aku nih!

Hmm.. Bukan lah aku kata keje kerani tu busuk sangat..Aku pun dulu kerani jugak.. Hidup pun dengan gaji sebagai kerani tu jugak. Cumanya, point aku kat sini, aku sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kat aku nih.. Ni tak, asyik nak merungut jek.. Solatnye ntah kemana, doanye ntah kemana.. Bongkak sangat lah kamu ni Shida....!


 
Title