Semua Tentang Aku

.....aku hanya insan biasa yang cuba menjalani kehidupan luar biasa, demi memenuhi kehendak entah siapa.....

Monday, June 12, 2006

I'm Back...!! -_*



Hmm.. Dah byk sawang kat dalam blog ni, ek? Hehehe! Bukan.. Bukan aku dah lupa dengan si-cantik-manis-Pinky nih.. Cuma nyer, masa amat terhad untuk aku menulis di sini.. Kepada mereka-mereka yang ternanti-nanti entry baru dari aku.. " Maaf! Saya menghampakan anda sepanjang dua minggu yang lepas. " Huhuhu!! ~Yelah..yelah.. update dah ni... =)~

Sepanjang dua minggu yang lepas ni jugak aku banyak 'melawat' blog-blog dari blogger yang lain. Banyak terjumpa dengan blog-blog baru yang pastinyer mengandungi kisah-kisah hidup yang pelbagai....... Semakin menarik, semakin membuatkan aku bersemangat untuk menulis tentang aku.. Tentang hidup aku.. Tentang sejarah yang pernah aku alami.. Ironi nyer, aku rasakan terlalu banyak hal-hal yang terjadi di sekeliling aku pada masa kebelakangan ni yang menjadikan aku buntu untuk menulis. Pelik??? Jangan... Sebab ini lah -Aku.. Yang terkadang aku rasakan memang amat payah untuk difahami hatta oleh diri sendiri..... *sigh!*

Dalam 'lawatan'2 yang aku buat jugak, aku terjumpa semula sebuah blog yang aku fikirkan (pasti) dah di delete sebelum ni.. Blog ni aku penah citer dalam entry aku yang pertama dulu. Blog yang telah berjaya menghidupkan semangat untuk aku menjadi Blogger.. Dan aku rasa SANGAT2 happy sebenarnya.. *Thanx to Mr. Kimi* Hmm.. Mungkin orang lain akan fikir, 'Alah..setakat blog, ape lah sangat...takde yang penting pun...' Tapi bagi aku tak macam tu! Aku adalah seorang yang SANGAT2 MENGHARGAI sebuah 'perkenalan'. Walaupun hanya sebuah blog yang aku tak pernah kenal siape empunya nyer.. Dan aku pernah rasakan adalah tak adil untuk aku kehilangan 'mereka-mereka' yang pernah hadir dalam hidup aku. Kalau itu boleh dinamakan sebagai 'tamak' , Ye, aku memang tamak! Aku tamakkan persahabatan.. Walaupun terkadang aku terkilan dengan 'orang-orang' yang aku namakan sahabat......

Malam tadi aku tak dapat (taknak) tidur sampai pukul 2 pagi. Waktu yang terluang aku gunakan dengan menyelongkar 'khazanah' bawah katil aku. And guess what??.. Huhuhu! Aku jumpa gambar2 lama masa zaman-zaman gonjeng dulu..! Hehehe.. Gambar masa sekolah menegah , time duk hostel TIKL.. and gambar2 masa awal2 jadi student Poli.. *Ms. Kamben, banyak gmbr masa kat Dahlia, tau... Memori sungguh!! =)* Hmm.. Kalaulah aku boleh putarkan balik masa2 dulu..... *sigh!* ~Nope! Aku tak pernah menyesal dengan sebarang 'sejarah' yang pernah terjadi dalam idop aku...Never!!~

Oh ya, hari ni aku jumpa satu blog baru.. Hmm, gaya penulisan dia 'bagus'... Bagus sebab bagi pendapat aku, dia gunakan ruangan penulisan yang ada untuk menulis dengan sejujur-jujur-jujurnya.. Walaupun dia memang seorang lelaki Melayu yang tidak mengaku Islam, bagi aku pendapat dia datang dari hati dia. Mungkin berbeza dari pandangan orang lain. Cuma, bagi aku tak salah dia menulis ape yang dia mahu dan ape yang dia rasa daripada dia menulis sesuatu hanya untuk mendapat pujian atau penghargaan dari pembaca... Kan?? -_* Sebenarnya, bagi aku penulis ni ada sedikit persamaan dengan pemilik blog yang aku HORMATI tu.. Cuma nyer, si penulis yang sorang ni masih belum ber'temu' dengan 'cahaya' yang boleh 'membawa dia ke jalan yang terang'.. Ke 'tempat yang lebih baik' untuk dia 'lebih berasa tenang'... Apapun, aku tetap hormatkan ape yang dia tulis walaupun kebanyakan nye sangat2 bercanggah dengan pendapat peribadi aku sendiri. Tak pelah.. Itu pendapat dia... Aku pun tak pernah di 'jemput' supaya melawat ke blog dia.. So nyer, tak payah susah2 nak kutuk or keji kalau aku tak suka dengan ape yang dia tuliskan kat sana. Okeh??

Hmm.. aku dah mengarut banyak dah nih.. Dah menulis pasal orang lain plak.. Ishhh!!! Ape lah... Hmm..

Hari ni Isnin.. Weekend yang baru nih aku dah tengok 2 citer kat movie.. Cars & Black Night.. Huhuhu! Masih tak berjaya nak tengok Da Vinci Code! ='( Mmmm... Takut jadi macam citer Gubra plak nanti.. Adehla.. Takpe, takpe.. Aku mesti tgk jugak citer tu Rabu nih! Hehehehe.. Wish me luck!! -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Title