Semua Tentang Aku

.....aku hanya insan biasa yang cuba menjalani kehidupan luar biasa, demi memenuhi kehendak entah siapa.....

Tuesday, June 27, 2006

To be, or not to be.....??




Hmm.. Dah 2 minggu tak update ape2 post kat sini.. Busy lah.. Last week, seminggu tak masuk ofis. Sebab attend 1 interview kat Perak... Result?? Hmm- Tatau ar.. Tak mengharap pun........

Ekceli, minggu ni minggu last aku kat tempat keje ni. Semalam dah hantar notis resign pun.. So nyer, start minggu depan aku boleh 'memalas-malas'kan diri selama seminggu kat umah. Aku resign sebab nak further study. Register 9 Julai nih.. Entah la... Nak menghabiskan sisa-sisa seminggu terakhir nih cukup MEMUALKAN! Bukan aku dah bertukar jadi Eksen Kamen.. Bukan! Bukan!.... Cumanye, gelagat Bos aku tu yang buat aku jadi MENYAMPAH!!!! Eeeerghhh!!! Lantakkan ajer! Asalkan start next week, aku dah tak nampak muka dia... Hohohoho!!

Hmm, banyak nyer keje nak buat.... Sumer nak kena settle before aku berambus! Eleh.. baik sangat pun. Blah jer ar.. Kan senang? Tapi nyer, hmmm....

Hmm, last week masa aku pegi interview kat U tu banyak benda-benda baru yang aku jumper.. And aku semakin tau yang aku nih memang independent orang nyer! Hahaha!! Eippp! Serius, aper..

Tatau ar nak update ape lagik.. Cumanyer, yang pasti lepas ni aku akan semakin jarang nak update blog. Sebab nyer, tatau bile ada kesempatan nak update lagik.. Oklah, semoga perjalanan idop aku yang mendatang ni akan menjanjikan SESUATU untuk masa depan aku... Insya Allah...






~rindulah kat awak!! *sigh*....~






*********************************************************************************************

I'm just surfing on my Friendster account, then sengaja ngengada tgk kat Horoscopes tu... Cuba lihat sape yang kena............!!

#################################################
The Bottom Line
Instead of going in a new direction, continue on this track and finish the journey.

In Detail
All sorts of bright and shiny things will attract your eye, but all they offer is a bit of flash -- there is absolutely no substance behind any of it. Stick to the things you are already familiar with, stay on the course you've been taking, and keep close to the people who tell you the truth -- even when you don't like hearing it. New directions are for people who don't know where they are going. You're doing things the right way, so keep doing them."

######################################################

Wuuuuhhhuuuu!!!

Wednesday, June 14, 2006

~ Duit, duit.. Di mana Kau, Duit??? ~



Huh!! Tensen la sehari-dua nih... Tatau ar, rasa serabut sangat2..................!!!


Senin lepas aku dapat surat dari satu U kat Utara Semenanjung nih. Ada Edu-Camp 3 hari yang bertujuan untuk meng'interview' semua bakal student. Yang pelik nyer, aku xde plak apply U tu. Bila aku call, pegawai tu just kata "Maybe u r the lucky one.." -hohoho!! Boleh ek, cenggitu?? Lantak ar.. Lagipun, bila aku tanya kengkawan, dorang kata tak salah kalo just pegi & makan angin 2-3 hari kat sana.. Hmm.. Yang pening nyer skang, xkan aku nak apply cuti sampai 3 hari??? Tau-tau jek la, rekod kedtgan aku kat opis nih.. *sigh!* Tapi, aku rasa as long as aku isi form tu, bos aku xde hal nak approve kan. Cuma, tu lah.. bape plak balance cuti nyer nanti.. Semalam (Selasa), aku dapat surat dari poli plak.. Adehla.. Konvo 7 Ogos nih.. Hari Senin tu.. Pastu, xkan nak apply cuti Senin tu jek, kan? Kelantan bukannye dekat...... Sempat la nak sengal2 pinggang kat atas bas tuh! So, paling2 nak apply 2 hari.. Abih, kang cuti raya camner?? Cuti2 yang tak tersenarai lagik, camner plak? Hmmm... Pening! Pening!!!

Then, skang tengah pening mana nak carik duit nak membayar segala perbelanjaan2 yang terlibat dalam kedua2 perkara di atas... Argghhhh!!! Biar lah... Sampai masa kang datang la segala 'dana2' tak rasmi tu nanti... Hopefully... =( Then, aku check gak permohonan aku nak study out-campus tu.. Alhamdulillah! Dah confirm dapat.. Tapi, kuliah start bulan Disember.. Hmmm....sempat la tu nak kumpul duit.... Lalalalalala~~~

So nyer, disebabkan aku xmo pening2 kepala nak pikir sumer problem2 tu, aku dah booking tiket nak tgk citer yang dah 'berabuk' kat cinema tuh! Tak kisah.. Janji aku dapat tgk gak.. Hohoho! Jgn pelik! Aku memang akan berduit kalo nak tgk movie, okeh??? Ala, lagipun arinih ari Rabu.. 30% diskaun... Huhuhuhu!!!

Ntah la, kepala aku dah tingtong la, Ms. Kamben! (Eleh, macam ko yang suruh aku update.. kan?kan?) Esok2 aku update lah lagik.. Update dalam keadaan yang cenggini pun merapu-meraban abih jek... Stop!-

Monday, June 12, 2006

I'm Back...!! -_*



Hmm.. Dah byk sawang kat dalam blog ni, ek? Hehehe! Bukan.. Bukan aku dah lupa dengan si-cantik-manis-Pinky nih.. Cuma nyer, masa amat terhad untuk aku menulis di sini.. Kepada mereka-mereka yang ternanti-nanti entry baru dari aku.. " Maaf! Saya menghampakan anda sepanjang dua minggu yang lepas. " Huhuhu!! ~Yelah..yelah.. update dah ni... =)~

Sepanjang dua minggu yang lepas ni jugak aku banyak 'melawat' blog-blog dari blogger yang lain. Banyak terjumpa dengan blog-blog baru yang pastinyer mengandungi kisah-kisah hidup yang pelbagai....... Semakin menarik, semakin membuatkan aku bersemangat untuk menulis tentang aku.. Tentang hidup aku.. Tentang sejarah yang pernah aku alami.. Ironi nyer, aku rasakan terlalu banyak hal-hal yang terjadi di sekeliling aku pada masa kebelakangan ni yang menjadikan aku buntu untuk menulis. Pelik??? Jangan... Sebab ini lah -Aku.. Yang terkadang aku rasakan memang amat payah untuk difahami hatta oleh diri sendiri..... *sigh!*

Dalam 'lawatan'2 yang aku buat jugak, aku terjumpa semula sebuah blog yang aku fikirkan (pasti) dah di delete sebelum ni.. Blog ni aku penah citer dalam entry aku yang pertama dulu. Blog yang telah berjaya menghidupkan semangat untuk aku menjadi Blogger.. Dan aku rasa SANGAT2 happy sebenarnya.. *Thanx to Mr. Kimi* Hmm.. Mungkin orang lain akan fikir, 'Alah..setakat blog, ape lah sangat...takde yang penting pun...' Tapi bagi aku tak macam tu! Aku adalah seorang yang SANGAT2 MENGHARGAI sebuah 'perkenalan'. Walaupun hanya sebuah blog yang aku tak pernah kenal siape empunya nyer.. Dan aku pernah rasakan adalah tak adil untuk aku kehilangan 'mereka-mereka' yang pernah hadir dalam hidup aku. Kalau itu boleh dinamakan sebagai 'tamak' , Ye, aku memang tamak! Aku tamakkan persahabatan.. Walaupun terkadang aku terkilan dengan 'orang-orang' yang aku namakan sahabat......

Malam tadi aku tak dapat (taknak) tidur sampai pukul 2 pagi. Waktu yang terluang aku gunakan dengan menyelongkar 'khazanah' bawah katil aku. And guess what??.. Huhuhu! Aku jumpa gambar2 lama masa zaman-zaman gonjeng dulu..! Hehehe.. Gambar masa sekolah menegah , time duk hostel TIKL.. and gambar2 masa awal2 jadi student Poli.. *Ms. Kamben, banyak gmbr masa kat Dahlia, tau... Memori sungguh!! =)* Hmm.. Kalaulah aku boleh putarkan balik masa2 dulu..... *sigh!* ~Nope! Aku tak pernah menyesal dengan sebarang 'sejarah' yang pernah terjadi dalam idop aku...Never!!~

Oh ya, hari ni aku jumpa satu blog baru.. Hmm, gaya penulisan dia 'bagus'... Bagus sebab bagi pendapat aku, dia gunakan ruangan penulisan yang ada untuk menulis dengan sejujur-jujur-jujurnya.. Walaupun dia memang seorang lelaki Melayu yang tidak mengaku Islam, bagi aku pendapat dia datang dari hati dia. Mungkin berbeza dari pandangan orang lain. Cuma, bagi aku tak salah dia menulis ape yang dia mahu dan ape yang dia rasa daripada dia menulis sesuatu hanya untuk mendapat pujian atau penghargaan dari pembaca... Kan?? -_* Sebenarnya, bagi aku penulis ni ada sedikit persamaan dengan pemilik blog yang aku HORMATI tu.. Cuma nyer, si penulis yang sorang ni masih belum ber'temu' dengan 'cahaya' yang boleh 'membawa dia ke jalan yang terang'.. Ke 'tempat yang lebih baik' untuk dia 'lebih berasa tenang'... Apapun, aku tetap hormatkan ape yang dia tulis walaupun kebanyakan nye sangat2 bercanggah dengan pendapat peribadi aku sendiri. Tak pelah.. Itu pendapat dia... Aku pun tak pernah di 'jemput' supaya melawat ke blog dia.. So nyer, tak payah susah2 nak kutuk or keji kalau aku tak suka dengan ape yang dia tuliskan kat sana. Okeh??

Hmm.. aku dah mengarut banyak dah nih.. Dah menulis pasal orang lain plak.. Ishhh!!! Ape lah... Hmm..

Hari ni Isnin.. Weekend yang baru nih aku dah tengok 2 citer kat movie.. Cars & Black Night.. Huhuhu! Masih tak berjaya nak tengok Da Vinci Code! ='( Mmmm... Takut jadi macam citer Gubra plak nanti.. Adehla.. Takpe, takpe.. Aku mesti tgk jugak citer tu Rabu nih! Hehehehe.. Wish me luck!! -
 
Title