Semua Tentang Aku

.....aku hanya insan biasa yang cuba menjalani kehidupan luar biasa, demi memenuhi kehendak entah siapa.....

Thursday, May 04, 2006

~Salam Perkenalan~.... Cakk!!



Hmmm.. berpindah juga akhirnya aku. Bermula dengan percubaan menulis di blog yang ada disediakan di Friendster, kemudian aku cuba untuk beralih di sini..

Ini percubaan ketiga aku, sebenarnya. Entahlah..percubaan kedua yang sebelum ini yang juga hanya sempat aku postkan dua entry sebenarnya menandakan yang aku ni agak PEMALAS orangnya. Pernah juga terdetik di hati, "Lepas delete blog ni, malas dah tak nak create any blog lagi!.." Sebabnya, kesukaran untuk aku mencuri sedikit ruang untuk aku menulis (di baca: menaip) sebarang entry mahupun luahan hati aku di ruangan ini..

Tapi, keinginan untuk menulis mula wujud semula sejak semalam. Secara tak sengaja, aku terpandang status di YM! salah seorang kawan aku, Encik Wan. Dia mengucapkan takziah pada sebuah blog. Maka, dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat (di baca: suka menyibok!), aku pun klik sahaja di situ.. Dan, alahai.. Sangat-sangat menghibakan isi kandungan blog yang satu ini.. Penulis nya baru sahaja meninggal dunia (Innalillah..) pada 17 April 2006 yang lepas. Dan apa yang mencuit perasaan aku tentang blog beliau ialah, isi kandungan blognya sejak entry yang pertama lagi.Entahla, baru aku tahu memang wujud rupa nya penanti cinta yang setia di muka bumi Allah ini. Sayangnya, itu pun sudah 'dijemput kembali' olehNya.

Dengan itu, aku mula terfikir, sekurang-kurangnya arwah ada meninggalkan 'sesuatu' tentang hidup nya untuk dikongsi bersama oleh mereka-mereka yang ditinggalkan..Sesuatu yang boleh dikenang oleh keluarga dan sahabat handai serta insan-insan yang pernah hadir dalam hidup beliau..

Aku mula terfikir, mengapa tidak aku pun berbuat perkara yang sama? Siapa tahu, mungkin ini satu-satunya 'kenangan' yang boleh aku tinggalkan untuk mereka-mereka yang ada dan pernah ada dalam hidup aku. Sekurang-kurangnya, aku boleh berkongsi di sini, walaupun hakikatnya di alam nyata, aku seorang yang lebih suka memendam rasa, dan aku juga bukanlah seorang pencerita yang baik...

Dengan itu, aku mula menanam satu keinginan untuk menulis blog kembali, dan....inilah dia! Semoga blog kali ini akan bertahan lebih lama .....- Wassalam..-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Title